Category Archives: Ilmu Bekam

Video

Di antara tempat-tempat yang boleh dibekam

1) Di atas kepala

Siapakah yang perlu berbekam di atas kepala?

Bagi mereka yang mempunyai migrain atau sakit kepala yang teruk. Mereka yang mempunyai tekanan darah yang terlalu tinggi juga perlu berbekam di atas kepala untuk mengelak daripada terkena stroke.

Kadangkala juga seseorang itu yang tidak merasakan sebarang sakit di bahagian kepala namun, jika apabila kami membekam badannya dan kami dapati ada darah hitam di tengkuk dan di badan belakang, kami pasti akan mensyorkan dia untuk berbekam di atas kepala.

Lihatlah video di bawah ini untuk ketahui bagaimana bekam di atas kepala di lakukan dan apakah perasaan ketika dibekam.

 

BerBEKAMlah sebelum anda mendapat STROKE

Berdasarkan dari pengalaman kami berbekam,

Biasanya sebelum sesiapa diserang stroke, seluruh anggota badannya akan terasa sejuk sekali. Mungkin ini adalah satu petanda menunjukkan bahawa sudah terjadinya penyumbatan yang kritikal di dalam tubuh.

Cepat-cepatlah datang berbekam untuk mengeluarkan seberapa banyak penyumbatan yang boleh. Insya Allah. Dan sebaik sajaha habis menjalani terapi bekam darah, anda akan dapati anggota badan yang tadinya sejuk itu, langsung terasa panas. Anda tidak perlu tunggu 2 atau 3 jam sesudah bekam untuk melihat  kesannya.

Dan ada beberapa hal yang anda harus jaga-jaga kerana stroke boleh terjadi diakibatkan oleh 4 perkara iaitu;

1) Tekanan Darah Tinggi yang terlalu tinggi.

2) Tahap Kolesterol yang terlalu tinggi

3) Tahap Gula yang terlalu tinggi

4) Ada Penyumbatan dalam Pembuluh Darah

Ketahuilah bahawa rawatan bekam darah dapat mengeluarkan darah beku, toksin, gula berlebihan dalam darah dan kolesterol.

Mukjizat Pembekaman di titik Kahil (DU 14)

 

Para ilmuwan telah menemukan bahawa kawasan tubuh, di antara 2 bahu yang dipanggil, “Kahil”, merupakan bahagian paling lemah dari seluruh perjalanan darah tubuh sehingga menjadi tempat yang sesuai untuk terjadinya pengumpulan perkara-perkara yang merbahaya seperti racun dan toksin serta sel-sel darah yang telah rosak, tua dan mati.

Di titik ini juga terdapat satu titik akupunktur yang sangat penting, iaitu tituk DU 14, letaknya di tulang cervical ketujuh (C7).

Titik ini digunakan untuk terapi pelbagai macam penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit kepala, thyroid, masalah menstruasi, sinus, lenguh tengkuk, kelemahan sistem imunisasi, batuk, asma dan lain-lain lagi.

Jadi, untuk merawat kesemua penyakit yang dingadu, di antara titik-titik yang harus dibekam adalah di Kahil.