Kami menawarkan perkhidmatan Bekam Darah di Singapura (Bukit Panjang), secara SEPENUH MASA

Perawat Lelaki dan Wanita disediakan. Maaf, tiada perkhidmatan ke rumah pelanggan. 

Berminat untuk mencuba rawatan bekam darah oleh kami?

BEKAM HIJAMATEAM 50 DOLLAR 2024

ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ꜰᴀᴋᴛᴀ ᴍᴇɴɢᴇɴᴀɪ ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ ʙᴇᴋᴀᴍ ᴋᴀᴍɪ

Perawatan Bekam Darah di Singapura 2022

Alamat: Blk 429 Bukit Panjang Ring Rd 07-715 Singapura 670429 (turun di LRT Segar, seberang jalan, lalu belok kiri, tuju ke point Blok warna grey)

Kita buat bekam darah utk lelaki & wanita, di 2 bilik berasingan.

Harga:
1) Bekam Half Body Belakang, ± 17 cups: $50 👍👍👍
Masa: ± 30 minit

2) Bekam Half Body termasuk kedua2 tangan: $60 👍👍
Masa: ± 40 minit

3) Bekam Full Body, ± 47 cups: $100 👍
Masa: ± 60 minit

4) Check darah (optional) – kolesterol, uric acid & gula: $10

Rekomendasi:
Bekam Half Body (di badan belakang). Membantu membersihkan/ detox organ dalaman, meningkatkan tenaga, melegakan sengal/penat badan, melancarkan darah, perbaiki kualiti tidur dan baik untuk kesihatan keseluruhan, Inshaa Allah.

Nota: Teknik bekam kami tidak tetap bagi setiap client kerana ia tergantung kepada kondisi kesihatan dan tubuh masing-masing.

Makan dulu dalam 2-3 jam sebelum bekam.

Kalau untuk wanita, jika ada kain batik, boleh bawa 1.

Sila buat appointment. Call / WhatsApp: Nur Ain (92377300) atau Hassan (88691440). Kami tidak ada online booking dan tidak perlu membuat deposit.

HijamaTeam cupping sets

  • Setiap sesi anda dikehendaki memilih untuk bekam Half Body atau Full Body. Kami juga akan memberikan usulan kami berdasarkan masalah kesihatannya. 
  • Kami menyediakan dua bilik berasingan untuk rawatan lelaki dan wanita. Sila lihat video di bawah ini. 

  • Semua alat-alat bekam disterilise dengan kaedah Ozone Sterilisation dan UV Sterilisation

UV & Ozone Sterilization HijamaTeam Bekam Singapore

  •  Kami menggunakan lancing device dan lancet (jarum). Setiap lancet hanya digunakan sekali sahaja.

HijamaTeam lancets

Lihat video di bawah ini untuk mendapat Info Ringkas mengenai Rawatan Bekam Darah atau juga dikenali sebagai Al-Hijamah atau Hijama Wet Cupping Therapy

ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴘᴇʀꜱᴏᴀʟᴀɴ ᴍᴇɴɢᴇɴᴀɪ ʙᴇᴋᴀᴍ ᴅᴀʀᴀʜ

Betulkah darah yang keluar dengan bekam itu ada yang berbeku?

Lihatlah video ini untuk ketahui!

Mengapa kita harus berbekam?

Selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan dibuang oleh hati (liver) akan tetapi, tidak kesemuanya dapat dikeluarkan. Oleh kerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama-kelamaan mereka akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil, kapilari (capillaries), baik di sekeliling organ-organ penting dan juga di bawah kulit. Sel-sel mati ini akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh, dari kepala hinggalah ke kaki. Mereka akan melekat diantara satu sama lain dan bercampur dengan asid urik, urea dan toksin.

Di bawah video juga kami ada beberapa penerangan mengenai, “Kenapa Perlu Keluarkan Darah dengan Bekam?”.

Untuk orang yang berpenyakit, bekam boleh menyembuhkan?

Kami tidak menjanjikan pemyembuhan secara kesuluruhan, namun ini tidak mustahil kerana ramai telah meraih penyembuhan dengan bekam . Jika anda juga menjaga permakanan dan mengambil ubat atau  suplemen dengan tetap, pasti anda akan lihat perbezaan setelah menjalani  beberapa sesi rawatan bekam.

Apakah yang akan terjadi jika kita tidak melakukan rawatan bekam?

Sel-sel darah mati yang masih tertinggal di dalam sistem perjalanan darah akan menjadi faktor utama yang menyebabkan tersumbatnya urat kapilari kita.

Kapilari bercantum dengan urat lain yang lebih besar di dalam tubuh seperti “vein” dan “artery”.  Jadi, walaupun “vein” dan “artery” tidak tersumbat namun jika “capillaries” tersumbat, seluruh perjalanan darah akan turut terjejas.

Kesannya adalah pelbagai sistem tubuh akan terganggu dan akan menyebabkan tidak sempurnanya fungsi organ seperti limpa, ginjal dan hati. Akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala-gejala awal menunjukkan bahawa  tubuh kita telah dipenuhi darah kotor yang tersumbat adalah seperti  lesu, letih, kebas kaki & tangan, sering pening dan mudah mengantuk.

Di bawah video juga kami ada beberapa penerangan mengenai, “Jika Tak Pernah Berbekam, Apakah yang Akan Terjadi?”.

Bagaimana pula rawatan bekam kami membantu?

Sel-sel darah mati yang sudah dibuang dengan bekam kemudian akan digantikan dengan sel-sel darah merah yang baru dan lebih sihat (tergantung kepada khasiat permakanan yang ada dalam tubuh kita). Dengan itu, selain menawarkan rawatan bekam darah, kami akan mensyorkan anda mengambil  beberapa “Health Supplement” yang kami pasti akan membantu untuk merawat masalah kesihatan anda.

ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ꜰᴀᴋᴛᴀ ᴍᴇɴᴀʀɪᴋ

Bekam Darah (Al-Hijamah atau Hijama Wet Cupping Therapy) Juga Diceritakan Dalam Hadist Rasullulah

Beberapa Penelitian Bekam di Syria 

Para saintis di Syria telah mengadakan penelitian terhadap 300 kes penyakit yang berhasil dirawat oleh bekam, dengan menjelaskan kondisi yang terjadi pada setiap kes.

Hasil penelitian itu telah disimpulkan sebagai berikut;

1) Dalam kes tekanan darah tinggi, tekanan darah turun hingga ambang normal.

2) Dalam kes tekanan darah rendah, tekanan darah naik hingga  ambang normal.

3) Terjadi penurunan ESR (Erytrocyt sedimentation rate) hingga ambang normal.

4) ECG (electrocardiogram) menjadi stabil. Dalam banyak kes, keadaan pesakit menjadi bertambah baik.

5) Jumlah sel darah merah menjadi stabil.

6) Penurunan kadar haemoglobin hingga kadar normal dalam setiap kes yang mempunyai kadar haemoglobin yang berlebihan.

7) Kenaikan kadar haemoglobin hingga batas normal dalam kes anemia, menunjukkan terjadinya pembetukan sel-sel darah merah yang baharu dan sihat.

8) Kenaikan jumlah sel darah putih dalam 60% kes hingga batas normal.

9) Kenaikan jumlah sel darah putih dalam 71 kes penyakit paru-paru.

DISCLAIMER: Kami  tidak bertujuan menyediakan diagnosis, rawatan atau nasihat perubatan. Kami hanya membantu anda untuk mendapatkan “guideline” atau maklumat untuk anda mengenali tahap kesihatan anda.

Maklumat mengenai kesihatan anda yang telah kami berikan tidak boleh dianggap sebagai pengganti nasihat daripada profesional penjagaan kesihatan anda. Tuntutan yang dibuat mengenai produk kesihatan yang kami syorkan tidak diluluskan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah penyakit. Sila berunding dengan pakar perubatan atau doktor anda mengenai sebarang diagnosis atau rawatan yang berkaitan dengan perubatan atau kesihatan. 

10 responses to “

  1. I.LIVE IN LOS ANGELES CALIFORNIA UNITED STATES. I HAVE A EYE TIC, PARCIAL FACE TIC,, DO YOU KNOW ANYBODY IN LOS ANGELES WHO DO THE TREATMENT??

  2. deni rachdian

    Assalamualaikum,
    sallam to all, I have question regarding bekam in los Angeles usa, if you have a branch in here.
    Best regards,
    Abdul jallil

  3. Assalamu ‘alaikum ! Can sinus flu be treated with the treatment?

  4. Assalamualaikum. Sakit badan belakang boleh hilang tk dgn berbekam?

    • Waalaikumsalam,

      Ya inshaa allah bekam sangat membantu untuk masalah sakit badan belakang.

      Kadang-kadang sakit badan tu disebabkan oleh banyak darah dah tersumbat atau otot-otot dah tegang. Bekam darah akan membantu meringankan masalah ini.

      Kalau berminat boleh hubungi kami:
      92377300 / 88691440

      Terima kasih,
      Ain (HijamaTeam)

  5. Can i know how much is per session for whole body?

    • Alamat: Blk 429 Bukit Panjang Ring Rd 07-715 (berhampiran dengan LRT Segar, point blok warna grey)

      Harga Bekam: $50
      Durasi Bekam: 30 – 40 minit
      Point Bekam: Half Body, 17 – 21 cawan.

      Ertinya Half Body (pilih salah satu ini):
      1. Di badan belakang – Tengkuk ke pinggang (tidak termasuk kedua-dua tangan).
      2. Di kedua-dua kaki – Paha, lutut ke betis.

      Rekomendasi:
      Bekam di badan belakang. Membantu membersihkan/ detox organ dalaman, meningkatkan tenaga, melegakan sengal/penat badan, melancarkan darah, perbaiki kualiti tidur & utk kesihatan keseluruhan.

      [Kalau anda bekam Half Body dan titik bekamnya sudah melebihi 21, ada tambahan $10+, tergantung.]

      Namun, titik bekamnya tergantung kpd keperluan kesihatan kerana kami akan terdahulu melihat keadaan kesihatannya sebelum mulai bekam.

      Kalau Full Body, $100, tapi lihat dulu pada keadaan.

      Makan dulu 2 – 3 jam sebelum bekam.
      Utk wanita, kalau ada kain batik, boleh bawa 1.

Leave a comment