Kami tidak bertujuan menyediakan diagnosis, rawatan atau nasihat perubatan. Kami hanya membantu anda untuk mendapatkan “guideline” atau maklumat untuk anda mengenali tahap kesihatan anda. Pihak kami tidak menjaminkan penyembuhan pada penyakit seseorang. Namun, Bekam Darah atau Wet Cupping Therapy boleh dijadikan salah satu usaha atau cara dalam memantapkan dan mengekalkan tahap kesihatan anda.
Maklumat mengenai kesihatan anda yang telah kami berikan tidak boleh dianggap sebagai pengganti nasihat daripada profesional penjagaan kesihatan anda.
Rawatan ini juga sangat digalakkan untuk disertai dengan cara permakanan dan ubat-ubatan yang baik dan bukan meneruskan juga permakanan yang tidak sihat atas alasan bekam akan membersihkan sistem tubuh. Kami akan mengesyorkan beberapa Health/Herbal Supplement yang boleh membantu dalam penambahan khasiat permakanan. Namun, tuntutan yang dibuat mengenai produk kesihatan yang kami syorkan tidak diluluskan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah penyakit. Perawatan kami harus/boleh digabungkan dengan rawatan convensional dari doktor anda. Sila berunding dengan pakar perubatan atau doktor anda mengenai sebarang diagnosis atau rawatan yang berkaitan dengan perubatan atau kesihatan.