4000 lebih tahun dahulu telah disebutkan dalam hadis-hadis yang ramai sekerang belum ketahui. Marilah ketahuinya sekarang! Jika anda bangga dengan agama Islam, kebanggaan anda itu akan bertambah kerana Al-Hijamah (nama asal bekam) telah di perkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Perhatikanlah Beberapa Hadist-hadist Tentang Keutamaan Bekam
1. Dari Sa’id bin Jubair, dari Ibnu Abbas, Rasulullah bersabda;
“Kesembuhan itu ada dalam tiga hal. Yaitu minum madu, sayatan dengan alat bekam dan kay. Namun aku melarang umatku melakukan kay.”
2. Dalam Sunan Ibni Majah, dari hadis Jabarah bin Mughallis (seorang perawi dha’if), dari Katsir bin Salim, ia berkata;
Aku mendengar Anas bin Malik berkata; Rasulullah berkata;
“Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pada malam aku diisra’kan, kecuali mereka berkata; Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu untuk berbekam!”
3. Dari Ashim bin Umar bin Qotadah, ia mengabarkan bahawasanya Jabir Bin Abdullah pernah menjenguk Al-Muqni’, ia bercerita; Aku tidak sembuh sehingga aku berbekam kerana sesungguhnya aku pernah mendengar bahawa Rasulullah bersabda;
“Sesungguhnya di dalamnya terkandung kesembuhan.”
4. Rasulullah bersabda;
“Aku diberitahu malaikat Jibril bahawa bekam adalah pengubatan yang paling bermanfaat bagi manusia.” (Tercantum dalam Shahihul Jami’)
5. Disebutkan dalm Shahih Sunan Abi Dawud, bahawa Rasulullah bersabda;
“Kalaulah sesuatu yang kalian guna untuk berubat itu baik, maka bekam juga baik.”
——————————————————
Kami dari HijamaTeam, tidak pernah menafikan kebagusan perubatan conventional. Tapi, kami menyarankan anda carilah kaedah pengubatan yang alami dan akan membantu diri anda merawat penyakit, bukan sekadar mengawal.
Namun, jika keadaan memaksa kerana kondisi kesihatan anda memerlukan rawatan yang segera dan cepat, anda harus mendatangi doktor anda.
Tidak dinafikan bahawa bekam darah adalah kaedah yang TERBAIK yang telah disarankan oleh Rasulluah s.a.w tetapi ia perlu menjalani proses pemyembuhan dalam tubuh sebelum sesuatu penyakit itu dapat dipulihkan sepenuhnya.
Jadi anda perlulah bersabar dan berusaha. Selain menjalani rawatan bekam, anda harus membantu diri anda supaya mengambil makanan dan minuman yang baik-baik dan meninggalkan makanan dan minuman yang tidak bagus untuk kesihatan.
Ambillah juga ubat-ubat yang alami untuk mempercepatkan proses pemyembuhan seperti madu asli, minyak habatussauda, minyak zaitun, health supplement dan herbal.
——————————————————
Bekam dan Puasa
Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w mengenai dibolehkannya berbekam pada saat berpuasa. Di antaranya adalah;
1) Dari Ibnu Abas r.a, ia berkata;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w berbekam sedangkan beliau berpuasa.” [HR. Bukhari dan Tirmidzi]
2) Dari Anas r.a, ia berkata;
“Pertama kali yang menyebabkan dimakruhkannya berbekam bagi oleh yang berpuasa adalah bahawa Jakfar bin Abi Thalib berberbekam sedangkan ia berpuasa. Nabi s.a.w berlalu dihadapannya, lantas berkata; “Dua orang ini telah batal puasanya. Sesudah itu Nabi s.a.w memberikan rukhsah (keringanan) berbekam bagi orang yang berpuasa. Anas biasa berbekam padahal ia berpuasa.” [HR. Baihaqi]
3) Tsabit Al-Banani bertanya kepada Anas;
“Apakah kalian memakruhkan bekam bagi orang yang berpuasa pada zaman Rasulullah s.a.w?” Anas menjawab, “Tidak, kecuali kerana lemah.” [HR. Bukhari]
——————————————————
Berdasarkan hadits-hadits ini, kami dari HijamaTeam menyimpulkan bahawa pendapat yang benar, Insya Allah, adalah bahawa bekam itu dibolehkan bagi orang yang berpuasa kecuali apabila seseorang itu lemah, sehingga dimakruhkan baginya.