HARGA
Bekam tidak perlu dilakukan terlalu banyak, cukup dengan tujuan untuk mendetoks atau membersihkan darah dan meringakan rasa sakit/melegakan pembengkakan atau penyumbatan. Kami mengalakkan anda untuk melakukan bekam Half Body, pada setiap sesi anda. Half Body ini bermaksud, bekam dari tengkuk ke kawasan pinggang. Namun, jika anda ingin fokuskan kepada kaki kerana mempunyai masalah kaki, anda boleh membuat pilihan untuk bekam di kawasan kedua-dua kaki dan bukan di badan belakang.
Namun, ada juga dikalangan patient yang membuat request untuk membekam Full Body kerana mempunyai banyak keluhan pada kesihatan tubuh. Jika keadaan tubuh patient mengizinkan, kami juga boleh membekamkan.
Sebelum setiap sesi rawatan bekam darah anda, kami akan melakukan pemeriksaan tekanan darah anda, secara percuma. Jika anda juga ingin tahu lebih sedikit tentang kesihatan dalaman anda, kami juga boleh memeriksa kadar gula, kolesterol dan uric acid anda, dengan tambahan $10 sahaja.
Consultation: PERCUMA
Setiap sesi bekam, kami akan bekam paling kurang 17 poin bekam.
Pilihan no. 1)
RECOMMENDED HALF BODY – Badan belakang sahaja: $50 *Sudah Cukup untuk Body Detoxification*
(tambah $10 untuk check kadar gula, kolesterol & uric acid)
- Kawasan yang dibekam: Badan belakang bahagian atas – dari tengkuk, bahu ke pinggang sahaja.
- Berapa banyak poin bekam: 17 – 21 poin bekam (tergantung keperluan).
- Durasi: ≈30-40 minit
- Sesuai untuk: Sakit-sakit badan/Penat/Merawat masalah kesihatan/Detox/Sesiapa yang hanya ingin mencuba/Health Maintenance, dll.
Pilihan no. 2)
HALF BODY Badan belakang termasuk kedua-dua tangan: $60
(tambah $10 untuk check kadar gula, kolesterol & uric acid)
- Kawasan yang dibekam: Badan belakang bahagian atas – dari tengkuk, bahu ke pinggang dan kedua-dua tangan.
- Berapa banyak poin bekam: 17-21 poin bekam di badan belakang & 8-10 poin bekam di tangan (tergantung keperluan).
- Durasi: ≈40 minit
- Sesuai untuk: Sakit-sakit badan/Penat/Merawat masalah kesihatan/Detox/Sesiapa yang hanya ingin mencuba/Health Maintenance/Lenguh, penat atau kebas-kebas di bahagian lengan dan tangan, dll.
Pilihan no. 3)
HALF BODY – Kedua-dua kaki: $60
(tambah $10 untuk check kadar gula, kolesterol & uric acid)
- Kawasan yang dibekam: Kedua-dua kaki. Dari tepi peha, lutut, tepi betis ke kaki bawah.
- Berapa banyak poin bekam: 20 – 26 poin bekam (tergantung keperluan).
- Durasi: ≈40 minit (tergantung pada jumlah darah yang keluar)
- Sesuai untuk: Lenguh-lenguh atau kebas-kebas kaki, perjalanan darah yang lambat akibat sejuk, pembengkakan ringan kerana Gout atau penyumbatan
Pilihan no. 4)
FULL BODY – Bekam badan belakang & kedua-dua tangan dan kaki: $100
[Tidak Digalakkan. Harus Melihat Keadaan Patient Terdahulu.]
(tambah $10 untuk check kadar gula, kolesterol & uric acid)
- Durasi: ≈60 minit (tergantung pada jumlah darah yang keluar)
Bagaimana kami charge?
Kami tidak menetapkan harga bekam dengan mengira setiap jumlah cup yang digunakan sewaktu sesi bekam kerana kami tidak dapat menetapkan jumlah cup yang setiap patient perlukan. Ada patient memerlukan 17 cups, ada memerlukan 19 atau 21 dan sebagainya, tergantung kepada saiz badan dan kondisi kesihatan dan tubuh badan.
Setiap sesi rawatan bekam Half Body kami bernilai $50, untuk lelaki dan wanita. Biasanya akan mengambil masa 30 hingga 40 minit. Kami hadkan jumlah cup/poin bekam kepada 17 hingga 21, setiap sesi Half Body. Namun, jika anda perlukan tambahan poin bekam, sila rujuk kepada senarai harga di atas. Jika kami juga dapati anda perlu untuk memeriksa kadar gula, kolesterol & uric acid, kami mohon sedikit tambahan $10.
Mengapa kami tidak begitu mengalakkan bekam Full Body (badan & kedua-dua tangan dan kaki)?
Kita tidak boleh samakan Bekam Darah dengan Urut.
Bekam darah akan mengeluarkan darah dari permukaan kulit anda dan ia bekerja untuk melepaskan pressure atau tekanan dalam saluran darah. Jika banyak darah yang keluar, ia tidaklah bermaksud akan mengurangkan lagi jumlah darah dalam tubuh tetapi ia akan mempercepatkan penurunan tekanan darah di dalam saluran darah. Oleh kerana ini, tubuh anda akan merasa tenang, ringan & segar sewaktu atau sesudah bekam tapi jika terlalu banyak tekanan darah yang di “release” kerana terlalu lama atau terlalu banyak poin yang dibekam, maka anda akan mulai merasa ngantuk dan juga boleh mengakibatkan rasa lemah dan mabuk.
Perasaan terlalu mengantuk/lemah/mabuk yang dirasakan oleh mereka ketika sedang berbekam ini menunjukkan tekanan darah tubuh telah turun dengan banyak dan jika bekam diteruskan juga, mereka boleh pitam. Jika kami dapati ada tanda-tanda penurunan tekanan darah seperti ini ketika menjalankan sesi bekam. kami akan segera tamatkan sesi bekam. Patient akan diberikan minuman madu dan buah kurma dan dinasihatkan untuk berehat sebentar sehingga keadaannya stabil.
Note: Tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan jika anda mengalami keadaan seperti ini. Biasanya akan mengambil masa 10-15 minit untuk menstabilkan keadaan tubuh anda. Kami berusaha untuk mengelakkan dari terjadinya perkara seperti ini dengan sentiasa memantau anda ketika sedang berbekam. Dengan pengalaman berbekam sejak tahun 2009, Inshaa Allah, kami boleh memberikan anda pengalaman yang baik berbekam dengan kami di HijamaTeam.
Di manakah harus dibekam dahulu?
Kami sangat menyarankan anda berbekam di kawasan badan belakang bahagian atas dahulu kerana di situ terdapat banyak poin-poin penting untuk membersihkan organ-organ penting, sistem imuniti dan saraf. Dengan ini, cukup hanya membekan di badan belakang bahagian atas untuk “detoxification” atau pembersihan darah, untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Tubuh anda akan merasa lebih ringan, segar dan bertenaga, Inshaa Allah.
Durasi Bekam kami
Biasanya sesi rawatan bekam kami mengambil masa 30 hingga 40 minit. Kadang-kadang, berdasarkan keperluan kondisi kesihatan dan jumlah poin yang dibekam, ia akan mengambil masa 1 jam. Cepat atau lambat rawatan bekam kami ini berdasarkan beberapa perkara namun, pada setiap sesi, 17 poin tetap akan dibekam.
1 jam bekam sudah sangat sesuai untuk tubuh kita menghadapi penurunan tekanan darah. Jika bekam dilakukan lebih dari 1 jam, kebanyakan orang akan merasa mabuk dan hendak pitam.
Nota: Jika banyak darah yang keluar sewaktu bekam, bukan petanda yang buruk malah ianya bagus. Namun, kita tidak boleh memaksa tubuh badan untuk mengeluarkan lebih banyak darah kotor sewaktu berbekam dengan sengaja menambah poin bekam. Bekam harus dilakukan mengikut keperluan kondisi tubuh dan kesihatan. Jika anda berbekam dengan kami, kami akan menasihatkan anda cara bekam yang sesuai untuk kondisi anda.
Apakah persiapan anda sebelum melakukan bekam?
1) Anda dikehendaki untuk makan agak berat 2 hingga 3 jam sebelum bekam. Misalnya, jika anda ingin berbekam pada pukul 12 tengahari, silakan makan yang agak berat sebelum jam 10 atau 9 pagi. Jangan berbekam jika anda sedang di dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu kenyang. Kami mahu mengelakkan anda daripada rasa mabuk, lemah atau ingin muntah atau pitam ketika berbekam.
2) Kami tidak mengalakkan anda untuk berpuasa sewaktu bekam. Namun, anda masih boleh berpuasa dan melakukan rawatan bekam di waktu awal pagi. Pastikan keadaan badan anda tidak lemah ketika hendak berbekam, jika anda sedang berpuasa.
Walaupun bekam darah tidak membatalkan puasa, kami tidak mengalakkan anda melakukan bekam dengan jumlah yang banyak poinnya, cukup Half Body bahagian badan belakang, untuk menjaga supaya anda tidak mabuk, lemah atau menjadi low blood pressure.
3) Untuk wanita, sila bawa kain batik. Untuk, lelaki, tidak dihendaki untuk membawa apa-apa.
Apakah yang akan kami lakukan sebelum memulakan rawatan bekam?
1) Ramai yang mempunyai masalah kesihatan tetapi tidak dapat mengenal pasti apakah mungkin puncanya. Sebelum mulai rawatan Bekam Darah, kami akan lakukan sedikit pengenalan mengenai tahap kesihatan anda dan berikan sedikit nasihat.
- Anda mungkin mempunyai tekanan darah tinggi?
- Anda mempunyai kadar gula yang tinggi?
- Kolesterol anda pun mungkin tinggi sebab itulah tengkuk, bahu dan dada anda tegang?
- Kadar urik asid anda tinggi kerana berlebihan mengambil kekacang dan seafood, jadi sekarang anda merasakan bisa di sendi-sendi?
- Kadar urik asid anda tinggi kerana berlebihan mengambil kekacang dan seafood, jadi sekarang anda merasakan bisa di sendi-sendi?
- Anda sering pening, mabuk, lemah dan tubuh terasa dingin, mungkin kerana anda mempunyai low blood pressure?
Inshaa Allah, apabila anda datang berbekam dengan kami, anda akan dapat mengesani apakah yang anda harus atau boleh lakukan untuk mengatasi dan memperbaiki masalah anda.

2) Rawatan bekam darah kami disertai dengan kegunaan “Health Supplements”.
Kami akan syorkan anda beberapa suplemen kesihatan yang terdiri daripada vitamin, mineral dan herbal, berdasarkan masalah kesihatan yang anda kongsikan bersama kami atau yang kami kesani. Ianya bertindak sebagai penyokong dan bukan untuk mengambil alih ubat-ubatan yang telah diberikan oleh doktor anda. Anda masih perlu teruskan ubat-ubatan anda berdasarkan nasihat dari doktor anda.
Sila rujuk kepada doktor anda terlebih dahulu jika anda ragu atau kurang yakin jika anda boleh mengambil suplemen kesihatan atau suplemen herbal.
Anda juga boleh mendapatkan produk-produk kesihatan yang kami syorkan kepada anda di Shopee store rasmi kami di https://shopee.sg/hijamateam

Apa yang anda harus ketahui adalah,
Harga setiap botol “Health/Herbal Supplement” yang kami syorkan berada dalam kemampuan bagi setiap yang memerlukan. Ini kerana tujuan kami adalah untuk membantu dan memastikan bahawa anda dapat khasiat-khasiat yang diperlukan.
Bagaimana kami mensterilise alat-alat bekam kami?
Setelah peralatan bekam kami dicuci bersih, kami akan menggunakan
Steriliser (gambar di bawah) untuk sterilise atau mematikan kuman.
Tapi jarum bekam hanya akan digunakan sekali sehaja dan dibuang.

(Page ini dikemaskini pada March 2024)












Assalamualaikum, nak check yr rates kalau buat di rumah.
Waalaikumsalam.
Kita buat bekam setiap hari utk lelaki & wanita – Isnin hingga Ahad, 10am to 8pm.
Setiap sesi bekam $50. Selama 40min. Ada 17-25 poin bekam. Cik boleh pilih nak bekam kaki atau badan dulu.
Sebelum bekam, kita akan check dulu kak punya Blood Pressure, Cholesterol, Glucose & Uric Acid level.
Lokasi bekam: Blk 429 Bukit Panjang Ring Rd 07-715 (dekat dgn LRT Segar)