Tag Archives: prophetic medicine

BerBEKAMlah sebelum anda mendapat STROKE

Berdasarkan dari pengalaman kami berbekam,

Biasanya sebelum sesiapa diserang stroke, seluruh anggota badannya akan terasa sejuk sekali. Mungkin ini adalah satu petanda menunjukkan bahawa sudah terjadinya penyumbatan yang kritikal di dalam tubuh.

Cepat-cepatlah datang berbekam untuk mengeluarkan seberapa banyak penyumbatan yang boleh. Insya Allah. Dan sebaik sajaha habis menjalani terapi bekam darah, anda akan dapati anggota badan yang tadinya sejuk itu, langsung terasa panas. Anda tidak perlu tunggu 2 atau 3 jam sesudah bekam untuk melihat  kesannya.

Dan ada beberapa hal yang anda harus jaga-jaga kerana stroke boleh terjadi diakibatkan oleh 4 perkara iaitu;

1) Tekanan Darah Tinggi yang terlalu tinggi.

2) Tahap Kolesterol yang terlalu tinggi

3) Tahap Gula yang terlalu tinggi

4) Ada Penyumbatan dalam Pembuluh Darah

Ketahuilah bahawa rawatan bekam darah dapat mengeluarkan darah beku, toksin, gula berlebihan dalam darah dan kolesterol.