Persiapan sebelum & selepas berbekam

Apakah persiapan anda sebelum melakukan bekam?

1) Anda dikehendaki untuk makan agak berat 2 hingga 3 jam sebelum bekam.  Misalnya, jika anda ingin berbekam pada pukul 12 tengahari, silakan makan yang agak berat sebelum jam 10 atau 9 pagi. Jangan berbekam jika anda sedang di dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu kenyang. Kami mahu mengelakkan anda daripada rasa mabuk, lemah atau ingin muntah atau pitam ketika berbekam.  

2) Kami tidak mengalakkan anda untuk berpuasa sewaktu bekam. Namun, anda masih boleh berpuasa dan melakukan rawatan bekam di waktu awal pagi. Pastikan keadaan badan anda tidak lemah ketika hendak berbekam, jika anda sedang berpuasa.

Walaupun bekam darah tidak membatalkan puasa, kami tidak mengalakkan anda melakukan bekam dengan jumlah yang banyak poinnya, cukup Half Body bahagian badan belakang, untuk menjaga supaya anda tidak mabuk, lemah atau menjadi low blood pressure. 

3) Untuk wanita, sila bawa kain batik. Untuk, lelaki, tidak dihendaki untuk membawa apa-apa.

Apakah persiapan anda selepas melakukan bekam?

1) Ada diantara mereka akan merasa tegang pada kulit yang dibekam dan agak tidak selesa bagi mereka. Ketidakselesaan ini akan hilang dalam masa 1 hari. 

2) Ada diantara mereka akan merasa lemah untuk beberapa hari. Ini kerana mereka tidak makan dengan betul dan tidak rehat dengan cukup. 

3) Kebanyakan mereka anda mendapatkan tidur yang nyenyak namun, jika tidak, itu adalah efek pada diri masing-masing.

Apakah anda pasti mabuk setelah berbekam?

TIDAK. Yang menyebabkan mabuk itu jika anda sedang merasa terlalu takut atau dalam keadaan terlalu lapar, lemah ataupun tidak sehat badan seperti demam, sewaktu berbekam. 

Jika sewaktu berbekam anda tidak merasa mabuk, bererti setelah habis berbekam juga anda tidak akan merasa mabuk.

Sila tonton video di bawah ini untuk beberapa penjelasan mengenai,

Apakah Rawatan Bekam Anda Berkesan Pada Tubuh Anda?

Ada 9 ciri-ciri menunjukkan bahawa rawatan bekam darah anda mempunyai kesan pada tubuh anda. Sila tonton video di bawah ini untuk ketahuinya.

Jika anda mempunyai beberapa lagi persoalan, anda mungkin boleh mendapatkan jawapannya di Q&A (sila click) .

2 responses to “Persiapan sebelum & selepas berbekam

  1. Saya nk enquire. Kaki suami saya terdpt urat2 hijau timbul dan ada juga urat2 berwarna seperti ungu. Bila dipicit kakinya terasa mcm byk biji2 angin. Keadaan kakinya mmg dh lama. Dah pergi urut pun masih gitu juga. Dia mmg selalu mengadu kakinya sakit. Bolehkah hijama membantu menyelesaikan masalah sakit pd kakinya?

    Yang risau.

    • Keadaan kaki suaminya boleh dibantu dengan rawatan Bekam Darah, Inshaa Allah.
      Sudah terjadi byk penyumbatan di kaki suaminya sebab itu urat-urat hijau atau ungu timbul.
      Sementara ini, dia harus berhenti minum air sejuk atau air batu, walaupun yang dari fridge tanpa ice.
      Untuk booking bekam, sila hubungi Encik Hassan di 97706396.

      Terima Kasih,
      HijamaTeam

Leave a reply to fazida Cancel reply